Monday, May 11, 2009

PROGRAM MINGGU MAAL HIJRAH



Badan dakwah dan kerohanian (BADAR) SM Sains Sultan Mahmud telah mengadakan Program Minggu Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 2009. Program ini dijalankan selama seminggu mulai 11- 18 Jan. 2009.Penolong Kanan 1 Hajjah Saudah Mat Nor telah melancarkan program ini pada perhimpunan pagi.

Sunday, May 10, 2009

MAJLIS KHATAM AL QURAN


















Seramai 118 orang pelajar tingkatan 5 SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu telah mengadakan majlis khatam al Quran pada bulan Ramadhan 1429 yang lalu.Majlis ini diadakan pada setiap tahun meraikan pelajar-pelajar yang telah khatam al quran bagi program pengajian al Quran Asrama.Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama akan mengikuti kelas pengajian al Quran bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Majlis khatam al Quran ini dirasmikan oleh Tuan Haji Salleh b aji Busu, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pekajaran Negeri Terengganu.Majlis ini telah berlangsung di Surau SM Sains Sultan Mahmud.












Thursday, May 7, 2009

MAKLUMAT P&P

Siapa yang ada maklumat terkini mengenai pengajaran dan pemebelajaran Pendidikan Islam SPM bolehlah kongsi bersama, macam bahan-bahan jawi ke? bahan latih tubi ke? atau apa-apa je lah.Saya ni mengajar Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5. OK. TK.

Wednesday, May 6, 2009

Awal Kalam

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum...